15 May 2011

Backpakers!!!

Hmm..sejak dua menjak ni, buah hati aku ni sibuk n berangan2 nak travel tanpa bantuan agent atau guide untuk beliau rasa macam burung bebas untuk berjalan tanpa ada aktiviti yang diaturkan oleh pihak tertentu..
Iaitu BACKPAKERS!

Sebenarnnya..abe ni nak gi tau..kemana pun kita melangkah, kemana pun kita travel, kemana pun perjalanan "backpaker" yg hendak kita tujui, kita perlu membuat beberapa persiapan terlebih dahulu..dan sekiranya anda rasa backpaker adalah sesuatu yg tidak perlu untuk kita aturkan..ANDA SALAH!!!

Disini aku nak bagi tahu, sebelum kita hendak pergi melancong atau travel ke mana sahaja, kita perlu pastikan beberapa perkara asas iaitu :-

1. Tempat yang hendak dituju.

- untuk pergi ke sesuatu tempat, anda perlu lah mengambil kira aspek keselamatan sesuatu tempat. contohnya mencari seberapa banyak maklumat tempat yang hendak anda tujui itu tiada kesan radiasi kimia, pemberontakan setempat, kejadian jenayah yang tinggi, atau perang. Jika ini berlaku, anda sama sekali DILARANG untuk kesana.

- jika pemilihan tempat untuk anda lawati/tujui, pastikan pula matawang yang digunakan. jika tinggi matawang mereka, maka perbelanjaan anda juga sangat la tinggi.

- PETA : Benda ini sangat la penting jika anda mahukan perjalanan yang baru anda lawati, kerana tahap untuk anda sesat adalah sangat tinggi jika tiada benda alah ini.
Jika anda seorang yang mementingkan sesuatu yang agak cepat, bajet tinggi, dan maklumat yang tepat, anda juga boleh menggunakan gadjet yang mempunya aplikasi GPS (Global Positioning System), dan mampu mengaplikasikan Google Maps. Selain itu anda jangan lupa KOMPAS. Jikalau anda ahli syurga yang tidak lupa pada Ilahi, cari la kompas yang ada menunjukan arah kiblat juga. huhu..^^

2. Peralatan Asas yang sangat PENTING!

- Jika anda seorang yang baru untuk mencuba aktiviti outdoor seperti ini, anda perlu menyediakan beberapa keperluan asas seperti :-

i. Beg Traveling : Jika anda mengandaikan perjalanan/percutian anda lebih dari 3hari, anda perlu beg yang besar, dan keperluan yang lain juga. Beg ini banyak variasinya, jenis, dan kepadatan yang berbeza. Jika anda seorang yang baru, Saya sarankan ada mencari beg yang mempunya kepadatan/isi yang sederhana contoh 55liter - 65liter. Ini masih tidak cukup, jika beg saja yang besar, tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak membahagikan ruang didalam beg, adalah susuatu yang sukar untuk anda nanti. jadi pemilihan beg juga memerlukan dengan keseuiaan kita sebagai pengguna, contoh kebanyakan beg seperti ini ada didatangi dengan beberapa design yang mempunyai Compartment yang banyak. Kalau anda baru mencuba, cari la compartment yang lebih sekurang2nya lebih dari 3 bahagian. Kenapa 3 saya sarankan, kerana, 1 bahagaian anda bahagikan untuk pakaian, bahagian 2, untuk pengunaan basah contoh baju basah, selipar/kasut, dan bahagian tiga anda boleh meletakan gadjet anda seperti kamera, jam, kompas, lampu suluh, peta dll.

ii. Pakaian : pakaian adalah sangat penting, kerana jika anda hendak bergelar sebagai backpaker, keutamaan hariaan anda untuk berpakaian yang cantik2 perlulah anda ketepikan. Tidak salah untuk anda berfesyen, tetapi berpada2, cukup la untuk 1@2 pakaian yang sesuai. Selainnya anda cuba memberi ruang pada pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti semasa anda.

iii. Keselamatan : Benda ini sangat la perlu bagi sesiapa yang nak berkemah, nak pergi single rider journey korang tu ker. Sebabnya, malang x berbau, kalo berbau xper leh elak..So, untuk keperluan barang asas 1st AID ni  korang perlu :
- handyplast (plaster), pencuci luka (detol), kain pembalut, dan juga kain yang bersih untuk mencuci luka, panadol dan juga antibiotik.

iv. Peta dan Kompas : benda ni tadi aku dah terangkan, so xpayah kot nak ulang.

v. Lampu suluh : benda ini adalah asas yang sangat diperlukan bagi mereka yang sukakan aktiviti sebelah malam, ini adalah sangat penting. malam, so paham2 la.

vi. Water filter : ini adalah benda yang perlu juga, tapi ini extra dari aku utung korang. Mungkin korang tertanya apa bendanya ape benda n kegunaan benda ni. Jika korang gemarkan aktiviti di hutan dan sukar mendapatkan air yang bersih, benda ini akan membatu korang, hanya sedut macam straw minuman dari tempat air yang dijumpai, dan alat ini akan menuetralkan+alkali+membersihkan air yang anda sedut/minum tu.

vii. Mulltiple Knife (Pisau Pelbagai) : Okey, alat ini selalunya sangat2 diperlukan jika anda pergi travel, sebabnya alat ini banyak kegunaannya, seperti pisau, pelayar, sudu, garfu dan ada yang dijual macam2 variasi. Jika hendak mencariq yang multi function kena la rajin2 semak kat google atau pun kat kedai alat2 perkemahan.

3. Duta Negara / Balai polis : Okey, ini yang terakhir, jika anda pergi ke luar negara di dalam negara, perkara ini sangat2 la penting, jika adanya berlaku kecemasan atau sesuatu yang tidak diingini, cuba dapatkan maklumat meraka untuk anda senang menghubung pihak ini.
- Perhatian!!! Setiap Negara yang anda lawati di seluruh dunia, hampir 90% mempunyai kedutaan untuk Negara Malaysia. Sila dapatkan info ini di kementerian.

Selamat menlancong dan bukan melencong..huhu..salam..^^