10 June 2011

Myvi Extrem!!!


perodua new logo1 Edisi terbaru Perodua MyVi lebih sporty   MyVi Extrem
Myvi Extrem akan dilancarkan
Masih lagi berita berkenaan model terbaru Perodua Myvi, kali ini sumber dari Berita Harian hari ini mendedahkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. Sumber industri berkata, Myvi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April tahun ini.
Sumber tersebut memberitahu Myvi Extrem akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model Myvi sedia ada di pasaran. Beberapa perubahan dalaman dan luaran ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi citarasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya.
Myvi Extrem baru ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada papan pemuka (dashboard) seperti Alza. Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini. Rekod jualan syarikat itu sebelum ini adalah 176,400 unit.
p/s : Boleh tahan nama Myvi baru, sesuai sangat dengan kapasiti enjin 1.5 liter yang pastinya lebih berkuasa. Tuil gear di dashboard sangat menarik kerana praktikal dan memberi lebih ruang di bahagian kaki selain memudahkan pergerakan pemandu dan penumpang untuk ke kiri dan ke kanan.
Sumber : Berita Harian, 3 Februari 2011
.....................................
Berikut Adalah Snapshoot yang dapat dikongsikan..

oohhh...smart plak color ni ngan model baru nie..huuu..

hitam ni dah biasa sangat la plak...

dashbord yg memukau..yg gps pun smart gak..huhu


kalo dilihat...lampu hadapan mcm honda jazz jer..kan..

stering tu knape la xder tambah mcm stering proton..ada remote utuk player..kan..?



Senarai harga (OTR termasuk insuran) untuk Perodua Myvi 2011 baharu bagi varian 1.3 liter seperti di bawah :-
RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance
..so..skrg korg leh la wat tempahan kat mana2 outlet perodua..dah tgokkan..kalo yg bnyk bunyi tu jgn bnyk songeh..korg tengok jer..huhu..

p/s: oohh..terjatuh cintan plak ngan model baru nie..huhuhu..^^